Butik Hana Insyirah

on October 6, 2012

Satu lagi fenomena kebanjiran Online Business sedang hebat berlaku di dunia cyber kita. Paling nampak ketara adalah melalui jualan online di pengkalan Facebook. Bila banyak online shop dibuka bermaksud demand tinggi dari segi pembeli online. Jadi tidak mustahil ada usahawan-usahawan online shop ini mampu meraih hasil jualan sehingga puluhan malah ratusan ribu sebulan. Justeru tidak mustahil membuatkan usahawan tersebut mampu membuka kedai mereka untuk terus mengutuhkan lagi empayar bisnes mereka.

~MODERN AND TRENDY FASHION FOR MUSLIMAH~ 



Berminat Menjadi Pengedar Produk Maika?

on October 6, 2011

Semakin hari semakin kreatif bidang perniagaan berkembang di negara kita ini. Juga semakin mudah untuk semua orang berjinak-jinak menceburi bidang ini. Baru-baru ini saya tertarik dengan peluang bisnes yang disediakan oleh sebuah syarikat bernama TUF Furnishing yang membawa masuk produk-produk dari Indonesia yang boleh dikategorikan produk menarik perhatian orang ramai. Syarikat ini adalah pembekal tunggal di Malaysia yang memberikan peluang kepada peniaga/bakal peniaga di Malaysia untuk memasarkan produk tersebut. Produk tersebut adalah jenama Maika terdiri daripada jenis-jenis beg tangan dsb. Modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes ini adalah sebanyak RM3000 shj. termasuk yuran pendaftaran, packaging dan katalog. Jika berminat boleh terus menghubungi syarikat tersebut atau boleh merujuk laman webnya iaitu http://www.maika-malaysia.my/.

Preview produk Maika:

Facebook Antara Page Online untuk Bisnes

on January 14, 2011

Sejak akhir-akhir ini page FACEBOOK sudah seperti gedung shopping membeli belah untuk peniaga kecil-kecilan. Rambang mata pemilik akaun FACEBOOK apabila namanya di 'Tag' untuk gambar-gambar items yg menarik perhatiannya. Sesiapa yang berminat untuk memulakan bisnes base of FACEBOOK, sangat digalakkan kerana penggunanya terlalu ramai dan bolah dikatakan FB menjadi satu trend yang sepatutnya semua orang memilikinya.


Berniaga Secara Online!

on November 10, 2009

Dewasa ini pelbagai jenis perniagaan dijalankan melalui kemudahan internet. Tambahan pula perbankan secara internet sudah semakin maju menyebabkan perniagaan di internet secara global dapat dijalankan dengan pelbagai cara dan taktik.

Akhir-akhir ini saya telah terjebak dengan 'ONLINE SHOPPING'. Wah wah..seronok juga shopping di internet. sambil kerja pun boleh shopping lagi. Buat pembayaran melalui e-bank. Sehari dua kemudian barang pun akan sampai di rumah. Poslaju hantar! Wah wah... delivery tu.

Jadi kepada sesiapa yang masih ragu-ragu tentang ini, bolehla melawat shopping blog ini dan link-link yang ada di blog tersebut.

Kursus Jahitan Pelbagai

on July 1, 2009


Zieza Fashion

Untuk suri rumah mahupun yang telah berhenti kerja atau yang telah diberhentikan kerja, apa kata anda mencuba menambah ilmu dalam bidang jahitan. Keperluan untuk tempahan baju semakin meningkat. Lagi-lagi pada musim perayaan, cuti sekolah.. Waktu sekarang ini pun mesti anda ada mengalami masalah tukang jahit @ tailor sudah tidak lagi menerima tempahan baju sempena hari raya yang akan datang ini walaupun bulan puasa masih belum menunjukkan anak bulannya.. Umm, waktu inilah anda perlu menambah skill anda dan mengambil peluang yang ada untuk menambah pendapatan anda yang boleh mengubah kehidupan anda. Sekurang-kurangnya anda akan mengurangkan kos tempahan menghantar baju anda sekeluarga ke kedai tailor yang biasanya mengenakan bayaran untuk sepasang baju kurung paling kurang pun RM30 - RM50++.. Baju melayu pula boleh mencecah RM80-RM100++..Wow..mahal tu kalau anda mempunyai keluarga yang besar.

Anda boleh cuba mengikuti kursus menjahit di SINI.





Kursus Solekan Pengantin


Miszalye De' Beauty

Kepada sesiapa yang sedang berfikir-fikir untuk mencari peluang perniagaan atau menjadi usahawan secara sambilan atau sepenuh masa, eloklah mencuba bidang make-up@persolekan yang mendapat permintaan yang agak tinggi sekarang. Musim ini bakal-bakal pengantin tumbuh bagaikan cendawan. Mak andam, jurusolek yang ada sekarang bertambah sibuk..jadual sentiasa penuh sehinggakan terpaksa menjadi rebutan ramai. 'First come first serve'.. hihi..bagaikan pisang goreng panas mak andam2 sekarang. Jadi apa salahnya anda mencuba bidang ini..perlahan2 dulu mana tahu suatu hari nanti anda akan menjadi jurumekap professional sehingga berjaya membuka butik kecantikan sendiri ataupun butik pengantin sendiri. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. Jadi anda bolehlah mencuba mengikuti kursus make up di SINI.


Perniagaan Burger Secara Francais

on November 14, 2008

Baru tadi saya godek-godek terjumpa pasal penjual burger menjadi francisor menjual burger di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bayangkan daripada menjual burger di tepi jalan saja akhirnya penjual burger ini menjadi usahawan yang berjaya walaupun hanya menjual burger. Ini membuktikan kepada kita bahawa setiap apa yang kita rasakan tidak logik tidak semestinya ianya mustahil untuk berlaku sebelum kita cuba mengusahakannya.

Siapakah dia penjual burger tersebut? Jom kita berkenalan dahulu siapakah gerangannya.. Namanya ialah Suhaimi Abas. Semangatnya yang kental mendorong beliau menjadikan perniagaan menjual burger ini setanding dengan bisnes-bisnes besar yang lain. Mana tidaknya, melalui program francais yang telah dijalankan ini mampu untuk beliau memperkenalkan burgernya yang diberi nama OTAI BURGER @ Organisasi Tempat Ambil Ilmu (OTAI) Burger di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi bila agaknya ke serata Malaysia ye? Humm, ini tak mustahil berlaku kerana ramai anak muda sekarang ni yang berminat dalam menjual burger ini. jadi apa kata anda cuba memperkenalkan OTAI Burger ini kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut atau ingin menyertai OTAI Burger bolehlah melawati laman webnya:

FRANCAIS OTAI BURGER

Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Berjaya


Petikan ini menceritakan tentang seorang usahawan dari kalangan OKU. Terfikir sejenak mengatahui kegigihannya mencipta nama sebagai salah seorang usahawan yang berjaya di MALAYSIA. Sesuatu pencapaian yang patut semua rakyat MALAYSIA banggakan. Artikel mengenai Tengku Arman (seorang OKU) ini saya ambil dari salah sebuah artikel yang dipaparkan di dalam portal usahawan di mana ianya disediakan oleh Tuan Azam Johan dan Eo Pee See.. Mari kita kongsikan bersama pengalaman ini...

Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan.

Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.

Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.

Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor.

Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

TIMBA ILMU

Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.

Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.

Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya.

Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.

DUA KEDAI BATIK

"Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang.

"Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun.

Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32, yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik.

Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.

TOKOH OKU

"Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya.

Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya.

Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi.

Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001.

PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003.

Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.

Petikan:-- BERNAMA

Usahawan Makanan Sejuk Beku



Baru-baru ini saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai paparan usahawan berjaya dalam bidang makanan sejuk beku atau lebih dikenali oleh masyarakat kita sebagai 'Frozen Food' iaitu Nani's Frozen Food. Pada saya amat menarik sekali mengikuti perkembangan usahawan-usahawan yang telah mencipta nama dalam dunia perniagaan di dalam negara mahupun yang telah sampai ke peringkat antarabangsa. Walaupun bukan saya yang mengecapi kejayaan tersebut namun saya begitu bangga dengan pencapaian usahawan-usahawan ini.
Nani's Frozen Food merupakan syarikat 100% bumiputera yang telah diusahakan oleh Pn. Rozaini binti Salleh. Syarikat ini ditubuhkan pada 15 Julai 2006 dan dikenali sebagai Ambang Dorongan Sdn Bhd. Kilangnya terletak di Gurun, Kedah Darul Aman. Begitu tabah Pn. Rozaini selama 2 tahun dapat mencapai kejayaan seperti hari ini.
Yang paling menarik sekali pada saya ialah produk makanan sejuk beku yang diusahakan oleh syarikat ini ialah kuih-muih tradisional orang Malaysia. Bayangkan kuih karipap, donut, cucur badak, apam, onde-onde, samosa dan pelbagai lagi telah disejuk bekukan untuk kemudahan pemakan-pemakan macam kita ni. Mungkin kita ni ada yang tak pernah tahu macam mana nak buat kuih-muih ini. Jadi dengan adanya kuih-muih tradisional sejuk beku ini, maka memudahkan kita untuk menyediakannya walaupun diwaktu-waktu yang tidak diduga seperti tiba-tiba saudara-mara datang malam-malam, keluarga mentua datang petang-petang, bolehlah kita menyeduakan kuih-muih ini dengan pantas. Tidak perlu lagi uli tepung, campur serbuk penaik, perah santan dsb.. Sedap pun sedap. Yang penting anda perlulah memenuhkan peti sejuk anda (freezer) dengan produk frozen food ni. Kepada sesiapa yang rasa malas nak pergi beli di pasaraya2, anda boleh ber'shopping' produk ini melalui online. Menarik bukan? Cuma pergi melawat di laman web syarikat ini dan buatlah order terus dengan memilih produk yang anda mahukan.
Untuk pengetahuan semua, produk ini telah sampai ke pasaran luar negara. Wow, hebatnya kuih melayu tradisional kita ni kan? Umm, jika ada yang berminat untuk memulakan perniagaan makanan sejuk beku bolehlah merujuk syarikat ini. Dan mungkin juga anda boleh jadi pembekal makanan sejuk beku di kawasan rumah anda suatu hari nanti.

Maklumat lanjut tentang syarikat ini bolehlah melawat laman webnya melalui link ini.

~Nani's Frozen Food~